AGENDA

Kabinet benar industri perladangan sambung semula operasi

18 Mac 2020, 2:26 PM
Kabinet benar industri perladangan sambung semula operasi

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Kabinet telah memberi kelulusan kepada industri perladangan untuk meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19, berkuat kuasa serta-merta.

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) berkata kelulusan bersyarat itu memerlukan pihak industri untuk memastikan langkah berjaga-jaga bagi menangani keadaan wabak yang masih dalam keadaan membimbangkan.

“Semua garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menangani Covid-19 hendaklah dipatuhi, jika gagal, kebenaran itu boleh dibatalkan.

"Dalam konteks ini, kami merayu kepada anggota kami untuk memperkenalkan prosedur operasi standard bagi menangani isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.