AGENDA

PM: Kekal di rumah elak tempoh kawalan dilanjutkan

18 Mac 2020, 12:41 PM
PM: Kekal di rumah elak tempoh kawalan dilanjutkan

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan merayu orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada sepenuhnya di rumah agar wabak Covid-19 dapat dibendung.

Perdana Menteri dalam perutusan khas malam ini menegaskan tempoh kawalan selama dua minggu sehingga 31 Mac ini sangat penting diikuti.

"Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan.

"Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah

kepada virus Covid-19 dengan berada di rumah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga menjelaskan tempoh berkenaan, yang bermula hari ini, diambil kerana virus Covid-19 memerlukan masa 14 hari untuk menunjukkan tanda-tanda serangan.

Perintah ini diambil bagi memutuskan rantaian jangkitan virus berkenaan yang melibatkan 197,575 orang termasuk 7,904 orang terkorban di seluruh dunia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.