ad
AGENDA

Proton tutup semua cawangan sehingga 31 Mac

18 Mac 2020, 7:42 AM
Proton tutup semua cawangan sehingga 31 Mac

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Proton Holdings Bhd menghentikan semua aktiviti bertemu pelanggan seperti jualan dan perkhidmatan selepas jualan kerana penutupan cawangannya sementara waktu mulai hari ini sehingga 31 Mac dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Syarikat itu berkata ia mematuhi arahan kerajaan dan aktiviti perniagaan mereka berdasarkan kepada garis panduan dikemukakan.

"Aktiviti pengeluaran di kilang Proton Tanjung Malim dan Shah Alam dihentikan serentak kerana kami secara sistematik menutup semua operasi dalam usaha mengurangkan penyebaran Covid-19.

"Kami memberi jaminan, Proton meneruskan semula semua operasi sebaik sahaja pelepasan diberikan oleh kerajaan Malaysia," kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.

"Langkah pencegahan adalah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya kekal menjadi keutamaan Proton," katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.