AGENDA

Bursa Malaysia operasi seperti biasa

17 Mac 2020, 4:17 AM
Bursa Malaysia operasi seperti biasa

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya terus beroperasi seperti biasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18-31 Mac.

Dalam kenyataan, bursa itu berkata ia menyediakan infrastruktur, peraturan dan proses diperlukan melindungi dan mengekalkan pasaran adil dan teratur.

Katanya operasi pasaran berterusan penting untuk menyokong prinsip mekanisme pasaran cekap dengan campur tangan minimum atau tiada campur tangan.

Bagi memastikan keseragaman amalan pasaran, peraturan semakan kini diperluaskan kepada jualan singkat harian (IDSS) dan aktiviti jualan singkat dibenarkan bagi Akaun Pelaburan (IVT) dan ‘Market Maker’.

Peraturan semakan itu turut terpakai untuk aktiviti jualan singkat Proprietary Day Trader (PDT).

“Kami terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti memantau perkembangan mengenai Covid-19 di peringkat nasional dan global untuk menilai impaknya dan menilai situasi dalam pasaran," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.