ad
AGENDA

Olimpik Tokyo 2020 mungkin tangguh susulan Covid-19

11 Mac 2020, 5:13 AM
Olimpik Tokyo 2020 mungkin tangguh susulan Covid-19

MOSCOW, 11 MAC: Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin ditangguhkan antara satu hingga dua tahun ekoran wabak Covid-19, kata ahli lembaga jawatankuasa penganjur Haruyuki Takahashi lapor agensi berita Sputnik.

"Saya tidak fikir kejohanan itu boleh dibatalkan (tetapi) ia mungkin akan dilewatkan sahaja," kata Takahashi dalam temu bual dengan Wall Street Journal.

"Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bakal berdepan masalah andai acara itu dibatalkan. Televisyen Amerika sahaja sudah menyediakan peruntukan yang besar," katanya.

Takahashi berkata kelewatan selama dua tahun dilihat pilihan terbaik kerana kebanyakan jadual sukan untuk 2021 sudah diputuskan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.