AGENDA

12 pegawai, anggota polis ditahan SPRM

10 Mac 2020, 2:13 PM
12 pegawai, anggota polis ditahan SPRM

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua belas pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata mereka ditahan kerana dipercayai menerima rasuah dan terlibat dalam kes salah guna kuasa.

“Saya sahkan ada antara mereka yang ditahan terdiri daripada pegawai dan anggota polis… kes ini sedang disiasat,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.