ad
AGENSI

Caruman parit bantu tingkat hasil negeri, atasi banjir kilat

10 Mac 2020, 2:35 AM
Caruman parit bantu tingkat hasil negeri, atasi banjir kilat

SHAH ALAM, 10 MAC: Sejumlah RM124.2 juta caruman parit berjaya dikutip Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi tempoh lima tahun bermula 2015, kata pengarahnya.

Datuk Ir Gapar Asan berkata caruman RM10,000 seekar merupakan usaha agensi tersebut membantu meningkatkan hasil Kerajaan Negeri.

"Peruntukan ini juga digunakan untuk menampung pelaksanaan projek saliran bagi mengurangkan masalah banjir kilat," katanya pada Perhimpunan Penjawat Awam Selangor di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Di samping pelaksanaan projek fizikal, katanya, JPS turut aktif dalam program cetusan idea dan inovasi apabila memenangi Anugerah Khas Inovatif dan Kreatif (KIK) serta Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi pada Hari Inovasi JPS Malaysia 2019.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.