PBT

Laluan di Bulatan Bestari Seksyen 2 dibuka semula

3 Mac 2020, 5:15 AM
Laluan di Bulatan Bestari Seksyen 2 dibuka semula

SHAH ALAM, 3 MAC: Laluan di Bulatan Bestari Seksyen 2 di sini dibuka semula kepada kenderaan sejak 1 Mac, kata ketua bahagian korporat dan perhubungan awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Shahrin Ahmad berkata bulatan itu ditutup sejak Disember tahun lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih permukaan jalannya.

“MBSA memohon maaf atas kelewatan menyiapkan projek menaik taraf. Bagaimanapun, selepas kerja baik pulih siap ia diharapkan memberi keselesaan kepada pengguna dan melancarkan semula aliran trafik,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.