ad
AGENDA

PM Timor Leste letak jawatan

25 Feb 2020, 8:16 AM
PM Timor Leste letak jawatan

JAKARTA, 25 FEB: Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak, meletak jawatan selepas kerajaan perikatannya tumbang, lapor agensi berita Xinhua memetik media Indonesia pada Selasa.

Perdana Menteri menghantar surat peletakan jawatan kepada presiden pada Selasa, ketika negara Asia Tengara itu berdepan ketidakstabilan politik terbaru selepas tumbangnya perikatan yang menyokong beliau di parlimen, lapor Jakarta Post.

"Saya sudah menghantar surat (peletakan jawatan) kepada presiden," kata Taur Matan Ruak kepada pemberita selepas bertemu Presiden Francisco Guterres.

Katanya, beliau bersedia menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga peletakan jawatannya diterima bagi memastikan aktiviti kerajaan terus berjalan, lapor akhbar itu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.