AGENDA

Notis tangkap Jho Low tidak boleh didedah kepada umum - KPN

20 Feb 2020, 4:33 AM
Notis tangkap Jho Low tidak boleh didedah kepada umum - KPN

SHAH ALAM, 20 FEB: Notis merah untuk mengesan dan menahan ahli perniagaan dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low sudah dikeluarkan Interpol, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum sebaliknya diedarkan dalam kalangan agensi penguat kuasa atas dasar protokol, lapor Harian Metro.

"Berhubung persoalan daripada pihak tertentu mengenai status notis merah terhadap Jho Low, sebenarnya ia sudah ada dan memang dia (Jho Low) tersenarai.

"Notis sudah dikeluarkan (Interpol) dan dia tersenarai dalam notis untuk ditangkap segara," katanya pada Majlis Penyerahan dan Perasmian Penggantian Lif di Kuala Lumpur semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.