PBT

MDKL usaha kekang penularan Covid-19

13 Feb 2020, 2:45 AM
MDKL usaha kekang penularan Covid-19

SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berusaha mengekang penularan koronavirus 2019 (Covid-19) dalam kalangan kakitangan dengan membekalkan topeng muka serta pembersih tangan.

Majlis itu menerusi kenyataan berkata, keutamaan diberi kepada petugas barisan hadapan termasuk penjaga kaunter dengan menggalakkan pemakaian topeng ketika berurusan dengan orang awam.

Katanya kakitangan tidak digalakkan keluar atau mengunjungi tempat tumpuan ramai.

"Kerja mencuci lantai, kaunter dan meja bilik mesyuarat dengan pembasmi kuman akan dilakukan lebih kerap.

"Kakitangan serta ahli keluarga dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di Hospital Banting atau klinik kesihatan berhampiran jika terdapat tanda seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.