AGENSI

Gangguan bekalan air di Ampang pulih sepenuhnya

9 Feb 2020, 6:48 AM
Gangguan bekalan air di Ampang pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 9 FEB: Gangguan bekalan air di kawasan Ampang berikutan paip pecah di Rumah Pam Hulu Klang kini pulih sepenuhnya, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Abdul Halem Mat Som berkata ia berdasarkan pemantauan di sistem agihan dilakukan sehingga jam 1 tengah hari tadi.

"Bagaimanapun Air Selangor mengalakkan pelanggan di kawasan tersebut menggunakan air secara berhemat.

"Kita memahami kesukaran dihadapi sepanjang tempoh gangguan dan kerjasama baik pelanggan kepada semua warga kerja Air Selangor amat dihargai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengguna digalak memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau AppsStore untuk mendapatkan maklumat atau hubungi talian 15300 (pertanyaan dan bantuan).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.