ad
BERITA UTAMA

881,000 guna aplikasi parkir pintar, nombor satu negara

1 Feb 2020, 8:34 AM
881,000 guna aplikasi parkir pintar, nombor satu negara

SHAH ALAM, 1 FEB: Pengguna Smart Selangor Parking (SSP) kini mencecah 881,000 sekali gus menjadi aplikasi parkir nombor satu negara, kata Ng Sze Han.

EXCO pengangkutan awam berkata ia melebihi sasaran awal 500,000 pengguna ketika aplikasi pintar itu dilancarkan pada 1 Julai tahun lalu.

"Bagi menggalakkan penggunaan SSP, setiap tambah nilai RM100 akan diberi kredit percuma RM3 manakala kredit percuma RM1 bagi tambah nilai RM50.

"SSP memudahkan penggunaan aplikasi melalui telefon berbanding kaedah menggunakan wang syiling bagi membayar parkir," katanya.

Sze Han berkata, SSP adalah antara usaha Kerajaan Negeri untuk merealisasikan Selangor sebagai negeri pintar menjelang 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.