ADN

Gunaraj: Segera lapor jika lihat insiden pembakaran terbuka

29 Jan 2020, 4:51 AM
Gunaraj: Segera lapor jika lihat insiden pembakaran terbuka

SHAH ALAM, 29 JAN: Penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa dinasihatkan segera melaporkan insiden pembakaran terbuka membabitkan sisa buangan kabel elektrik supaya tindakan pencegahan dapat dilakukan segera.

Mengakui ia bukan perkara baharu, Ahli Dewan Negerinya Dr G Gunaraj berkata kejadian itu menyebabkan kacau ganggu dan pencemaran alam sekitar.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya kejadian ini dan berharap pihak berkuasa lebih aktif memantau. Jika tidak dikawal secara menyeluruh, saya bimbang individu tidak bertanggungjawab akan terus mengambil kesempatan," katanya ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Gunaraj berkata aduan boleh disalurkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa yang mendapat kerjasama penduduk bagi memantau isu di kawasan sekitar.

Pada 27 Januari lalu, satu pembakaran terbuka membabitkan sisa buangan kabel wayar dilaporkan berlaku di Jalan Sungai Jati.

Susulan itu, Majlis Perbandaran Klang bertindak menyita bahan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.