AGENDA

Koronavirus: 65 kes di bawah siasatan Malaysia

28 Jan 2020, 8:29 AM
Koronavirus: 65 kes di bawah siasatan Malaysia

SHAH ALAM, 28 JAN: Sebanyak 65 kumulatif kes pesakit di bawah siasatan (PUI) jangkitan wabak Koronavirus 2019 yang baharu (2019-nCoV) dilaporkan hingga tengah hari ini, kata menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes membabitkan 34 warganegara Malaysia, 30 dari China dan satu dari Jordan dan jumlah kes positif masih kekal satu.

"Sebanyak 61 kes PUI adalah negatif membabitkan 34 warganegara Malaysia, 26 warganegara China dan satu warganegara Jordon. Manakala tiga lagi kes PUI (warganegara China) masih menunggu keputusan makmal," katanya dalam kenyataan.

Dr Dzulkefly berkata tiga orang kontak rapat dengan kes positif 2019-nCoV pertama di Singapura masih dirawat dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata kesemua 17 kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV keempat telah disahkan negatif dan dilepaskan dari menjalani Perintah Pemantauan dan Pengasingan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.