AGENDA

Tiada pelancong Wuhan ke Malaysia sejak 23 Januari

27 Jan 2020, 6:32 AM
Tiada pelancong Wuhan ke Malaysia sejak 23 Januari

SEPANG, 27 JAN: Tiada pelancong dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia sejak 23 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pada tarikh yang sama pihak berkuasa China mengisytiharkan ‘lockdown’ dan menghalang penduduk di Wuhan meninggalkan kawasan berkenaan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus.

“Bagi jumlah warga China yang masuk ke Malaysia sebelum 23 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mendapatkan maklumat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata setakat ini kes positif koronavirus di Malaysia kekal empat, sementara kes menunggu keputusan makmal ialah lima dan kesemuanya membabitkan warga China.

Daripada lima kes itu, dua di Langkawi, Kedah, dua lagi di Kuala Lumpur dan satu kes terbaharu di Bintulu, Sarawak.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.