AGENSI

MB: Lebih 4,000 kawasan Selangor diliputi Wi-Fi percuma

21 Jan 2020, 4:02 AM
MB: Lebih 4,000 kawasan Selangor diliputi Wi-Fi percuma
MB: Lebih 4,000 kawasan Selangor diliputi Wi-Fi percuma

SHAH ALAM, 21 JAN: Lebih 4,000 kawasan di negeri ini diliputi jaringan internet percuma iaitu Wi-Fi Smart Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkhidmatan jalur lebar itu membantu pelbagai lapisan masyarakat sejak dilaksanakan pada 2015.

“Kemudahan ini tersedia di kebanyakan bangunan awam, institut pengajian tinggi dan kawasan perumahan terpilih,” katanya menerusi Twitter malam tadi.

Pada masa sama, Amirudin mahu pengguna internet memanfaatkan teknologi itu dengan bijak dan berhemah.

Bagaimanapun, katanya, kebebasan melayari internet bukan alasan untuk pengguna menjadi lalai.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak,” katanya.

Bagi memantapkan jaringan internet percuma, Kerajaan Negeri sedang menambah baik sistem pembangunan Wi-Fi Smart Selangor di kawasan luar bandar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.