PBT

MPK sasar sejuta pelancong tahun ini

15 Jan 2020, 8:54 AM
MPK sasar sejuta pelancong tahun ini

KLANG, 15 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menaik taraf kawasan tumpuan awam bagi menarik satu juta pelancong tahun ini, kata timbalan yang dipertuanya.

Elya Marini Darmin berkata antara yang dinaik taraf ialah Stadium Sultan Suleiman, Klang Heritage Walk, pembinaan bulatan Bukit Jawa dan kawasan Tanjung Harapan.

"MPK juga bercadang membangunkan kawasan Jalan Raya Timur membabitkan 60 premis perniagaan bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, sekali gus menarik lebih ramai pelancong,” katanya ketika melawat lokasi mural di Klang Heritage Walk di sini.

Pada 2017, Klang mencatatkan 300,000 pengunjung dan melonjak kepada 500,000 tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.