ad
AGENDA

CIMB sedia RM3 bilion untuk pinjaman berkaitan kemampanan

5 Jan 2020, 12:45 PM
CIMB sedia RM3 bilion untuk pinjaman berkaitan kemampanan

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Kumpulan CIMB memperuntukkan RM3 bilion untuk Pinjaman Berkaitan Kemampanan (SLL) yang baru dilancarkan untuk peminjam korporat yang berminat untuk meningkatkan prestasi kemampanan mereka sejajar dengan mana-mana 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

SLL ialah instrumen pembiayaan dan/atau kemudahan yang membolehkan peminjam menerima insentif kewangan apabila mencapai Sasaran Prestasi Kemampanan (SPT) seperti dipersetujui sebelumnya.

"Insentif ditawarkan dalam bentuk rebat ke atas kadar faedah, jika peminjam dapat menunjukkan ia telah mencapai SPT.

"SLL membantu dan menggalakkan peminjam untuk meningkatkan profil atau komitmen memandangkan terma dan syarat pembiayaan adalah sejajar dengan SPT mereka," menurunt Kumpulan CIMB dalam kenyataan.

Insentif SLL disediakan dari 1 Januari, 2020 hingga 31 Disember, 2024.

Kegunaan hasil SLL tidak terhad kepada projek mesra alam sahaja, malah untuk tujuan korporat secara umum.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.