ad
AGENSI

Frank Bernhardt ketua jurulatih baharu UiTM FC

3 Jan 2020, 9:41 AM
Frank Bernhardt ketua jurulatih baharu UiTM FC
Frank Bernhardt ketua jurulatih baharu UiTM FC

SHAH ALAM, 3 JAN: Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-23, Frank Bernhardt dilantik sebagai pembimbing baharu skuad UiTM FC bagi menghadapi saingan Liga Super 2020.

Presiden UiTM FC, Prof Dr Azizan Abdullah berkata, pelantikan Bernhardt mengendalikan The Lion Troops berkuatkuasa selama setanun.

Katanya, beliau yakin pengalaman Bernhardt yang pernah menjadi ketua jurulatih beberapa kelab profesional di Estonia dan Azerbaijan mampu mempimpin UiTM FC yang rata-rata dibarisi pemain muda universiti.

"Sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih di sini, beliau bertugas sebagai jurulatih dan pengurus kepada 'Fundacion Real Madrid Clinic'.

"Malah pengalaman beliau di Malaysia dari 2015 hingga 2017 memudahkan lagi dirinya memahami corak dan perjalanan bola sepak negara sekali gus merencana dan membina pasukan UiTM FC bagi musim 2020," katanya dalam sidang media ketika Majlis Pelantikan Ketua Jurulatih UiTM FC di sini, hari ini.

[caption id="attachment_375909" align="aligncenter" width="670"] Presiden UiTM FC, Prof Dr Azizan Abdullah. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Azizan yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, pihaknya telah membuat perancangan teliti dan komprehensif bagi menyediakan pasukan bagi musim ini.

"Kami (UiTM FC) telah menyelesaikan pemilihan dan pelantikan barisan kejurulatihan, manakala pemilihan pemain tempatan hampir selesai dan pemain import sedang menjalani latihan percubaan bersama kami.

"Saya juga dimaklumkan bahawa ketua jurulatih telah mengenal pasti pemain yang sesuai dengan corak taktikal beliau," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.