AGENSI

Penjawat awam Selangor terima baki bantuan khas kewangan hari ini

24 Dis 2019, 1:52 AM
Penjawat awam Selangor terima baki bantuan khas kewangan hari ini

SHAH ALAM, 24 DIS: Baki Bantuan Khas Kewangan tahun 2019, antara RM500 hingga dua bulan gaji untuk penjawat awam Selangor diagihkan hari ini.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata, baki bantuan khas pada tahun ini diberi kepada semua penjawat awam berdasarkan Pentunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.

"Sukacita ingin saya maklumkan bahawa baki Bantuan Khas Kewangan tahun 2019 penjawat awam Negeri Selangor mula diagihkan hari ini.

"Bonus sebulan gaji disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu manakala baki antara RM500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan KPI diagihkan hari ini," katanya menerusi laman sosial Facebooknya.

Pada masa sama, Amirudin turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Selangor yang menerima Anugerah Amalan Terbaik Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam 2019 baru-baru ini.

"Tahniah juga kepada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dinobat Juara Anti Rasuah 2019.

"Saya harap bantuan khas kewangan ini menjadi dorongan kepada para penjawat awam untuk terus menggalas amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti," katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan #Selangor2020 lalu, Amirudin mengumumkan bantuan khas berkenaan yang memberi implikasi kewangan sebanyak RM30 juta kepada Kerajaan Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.