ad
PBT

Penutupan jalan sempena 'TG Run 2019' esok

20 Dis 2019, 9:04 AM
Penutupan jalan sempena 'TG Run 2019' esok
Penutupan jalan sempena 'TG Run 2019' esok

SHAH ALAM, 20 DIS: Sebahagian jalan di sekitar bandar raya Shah Alam di sini akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara 'TG Run 2019' anjuran Top Glove Sdn Bhd, esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit akan ditutup selama hampir lima jam mulai 6.30 hingga 11 pagi.

"Antara jalan terlibat adalah Jalan Persiaran Setia Dagang, Jalan Persiaran Setia Wawasan, Jalan Persiaran Setia Perdana dan Jalan Setia Duta U13/21," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Shahrin menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan laluan dinyatakan pada tempoh berkenaan bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan diberikan dari semasa ke semasa.

"Kita juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi dirancang," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.