ad
AGENDA

2 juta pil kuda cuba diseludup ke Malaysia dirampas

21 Nov 2019, 11:50 PM
2 juta pil kuda cuba diseludup ke Malaysia dirampas

NARATHIWAT, 22 NOV:Polis Thailand hari ini berjaya merampas hampir dua juta pil kuda bernilai 144 juta baht (RM19.8 juta) di Narathiwat yang dipercayai cuba diseludup ke Malaysia dalam satu serbuan awal pagi hari ini.

Dalam serbuan kira-kira 12.30 awal pagi (waktu tempatan) semalam, Ketua Polis Wilayah Narathiwat,, Pol. Mej Jen Narin Busaman berkata, polis menemui 43 bungkusan besar yang mengandungi hampir dua juta pil kuda di sebuah gudang.

“Dadah tersebut dipercayai dari wilayah utara Thailand dan disimpan dalam sebuah gudang di Phatthalung di Daerah Mueang, Narathiwat. Namun, ketika serbuan, tiada penghuni di gudang itu.

“Siasatan awal polis mendapati sindiket pengedaran dadah itu berpengaruh dan mempunyai rangkaian jenayah rentas sempadan,” katanya pada sidang media di sini,semalam.

Beliau berkata, usaha menjejaki dalang sindiket dadah itu dipergiat.

Polis tidak mendedahkan suspek yang sedang diburu namun Bernama difahamkan sindiket itu aktif di sempadan Thailand-Malaysia.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.