AGENDA

PM akan bincang dengan Ahli Parlimen berhubung isu korum Dewan Rakyat

21 Nov 2019, 3:59 AM
PM akan bincang dengan Ahli Parlimen berhubung isu korum Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ditanya mengenai sikap dan komitmen sesetengah Ahli Parlimen (MP) sehingga menyebabkan sidang Dewan Rakyat tidak mempunyai korum mencukupi.

Perdana Menteri berkata, ini bukan pertama kali kejadian seumpama itu berlaku dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan MP berhubung perkara itu.

“Kami perlu berbincang dengan MP. Mereka amat tidak sabar untuk menjadi calon pilihan raya (tetapi) selepas dipilih mereka tidak bersikap yang mereka serius mahu berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 dan melancarkan Malaysia@Work di sini, hari ini.

Semalam, sidang Dewan Rakyat pada satu ketika telah tertangguh disebabkan korum tidak mencukupi.

Mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Bilangan 13 (1), korum bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 MP dengan tidak termasuk Pengerusi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.