ad
AGENDA

Gerakan pertaruh wanita sebagai calon

29 Okt 2019, 8:08 AM
Gerakan pertaruh wanita sebagai calon

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Wendy Subramaniam dinamakan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bulan depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, di sini, hari ini.

"Saya melihat PRK ini sebagai peluang kepada saya…untuk membuktikan bahawa wanita mampu menjadi pemimpin masyarakat yang baik,” kata Wendy, anak kelahiran Johor berusia 38 tahun.

Dalam pada itu, Lau berkata, parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRK berkenaan dan penyertaannya adalah bagi memberi pilihan alternatif kepada rakyat.

PRK Tanjung Piai dijadual berlangsung 16 November berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 21 September lepas.

Penamaan calon ditetapkan pada 2 November.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.