AGENDA

Zainal Kling hadir beri keterangan di Bukit Aman

25 Okt 2019, 4:15 AM
Zainal Kling hadir beri keterangan di Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Ketua Eksekutif Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof Emiritus Datuk Dr Zainal Kling hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung ucapannya pada kongres berkenaan.

Beliau tiba bersama peguam dan wakil kongres, memasuki Bukit Aman pukul 10 pagi.

Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis mengambil keterangan Zainal berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di Shah Alam, 6 Oktober lepas.

Menurut Huzir, Zainal dipanggil ke Bukit Aman berikutan laporan polis yang dibuat pegawai khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pada kongres itu, Zainal dilapor membuka tirai dengan beberapa kenyataan keras yang menyentuh isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja dan kedudukan istimewa orang Melayu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.