ad
NASIONAL

KPM tidak campur tangan isu protes siswa UM

23 Okt 2019, 12:05 PM
KPM tidak campur tangan isu protes siswa UM

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan campur tangan untuk menjadi pengantara antara Universiti Malaya (UM) dengan seorang graduan yang menunjukkan tanda protes pada sidang istiadat konvokesyen universiti itu, minggu lalu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, KPM menghormati kuasa autonomi universiti dan mempercayai UM mampu mengendalikan isu tersebut.

'Saya telah pun memberitahu kepada timbalan (Teo Nie Ching) saya bahawa kita tidak akan terlibat (campur tangan) dalam hal ini. Proses mediasi pula hanya akan dibuat sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.

"Jadi, buat sementara ini, kita menyerahkan kepada UM sebab kita percaya kepada kuasa autonomi dan kita tidak mahu campur tangan politik. Kita biarkan mereka menguruskannya senidiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (KPUIAM) di Gombak, di sini, hari ini.

Pada 14 Oktober lepas, graduan berusia 23 tahun, Wong Yan Ke membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM bagi mendesak naib canselor universiti itu meletakkan jawatan selepas menerima ijazahnya.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradap.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.