AGENSI

Jangan cabar usaha kerajaan kekalkan kestabilan negara - MB

21 Okt 2019, 12:01 AM
Jangan cabar usaha kerajaan kekalkan kestabilan negara - MB

SUNGAI BULOH, 21 OKT: Semua pihak diingatkan jangan sesekali mencabar usaha kerajaan mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ini kerana kerajaan sentiasa bertanggungjawab dalam mengekalkan kestabilan negara.

"Muktahir ini, jika berlaku sebarang pandangan dan permintaan tidak seimbang yang melihat kepada sesuatu kelompok sahaja, gagal melihat secara seluruh masyarakat pelbagai bentuk dan warna, inilah dikatakan pandangan tidak stabil.

"Apatah lagi masyarakat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang pandangan, harapan, agama, idealogi dan sebagainya.

"Bila kerajaan mengeluarkan amaran, pasukan keselamatan mula bertindak, itu bermakna ada landasan yang sedang dicabar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Stadium Mini Majlis Bandaraya Shah Alam Paya Jaras di sini, malam tadi.

Amirudin berkata, kerajaan tidak akan sesekali mendiamkan diri sekiranya berlaku suasana huru-hara, kekacauan dan pergaduhan yang tidak dapat dikawal atau diurus dengan baik.

Terdahulu, di majlis itu Amirudin merasmikan stadium mini bernilai RM7.2 juta.

Turut hadir, EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman dan Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Haris Kasim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.