PBT

Jom ke `Pasar Bunga Shah Alam' esok

16 Okt 2019, 7:45 AM
Jom ke `Pasar Bunga Shah Alam' esok

OLEH ALIFF HAIKAL

SHAH ALAM, 16 OKT: Peminat pokok bunga dan pelbagai produk pertanian dijemput datang ke Laman Budaya, Taman Tasik di sini esok hingga 20 Oktober ini.

Program `Pasar Bunga Shah Alam' dianjurkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama empat hari itu bermula dari jam 9 pagi hingga jam 8 malam.

MBSA menerusi laman Facebook berkata, antara produk yang dijual seperti pokok-pokok bunga, baja sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk pertanian organik.

Selain itu, program itu juga diselit dengan pengisian menarik seperti pameran orkid, zoo haiwan, pertandingan melukis atas kanvas, mencanting batik, pertandingan memancing kanak-kanak dan jualan makanan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi MBSA di talian 03-5510 5133.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.