AGENSI

Belanjawan 2020, Selangor fokus capai Bandar Pintar

11 Okt 2019, 7:30 AM
Belanjawan 2020, Selangor fokus capai Bandar Pintar
Belanjawan 2020, Selangor fokus capai Bandar Pintar

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari mengambil pendekatan akan memberi fokus yang lebih untuk membangunkan Selangor menjadi Bandar Pintar pada pembentangan Belanjawan 2020, 1 November ini.

Amirudin berkata, bagi mencapai hasrat itu, Kerajaan Negeri akan merangkumkan beberapa inisiatif ke arah menjadikan Selangor sebagai perintis Bandar Pintar yang pertama menjelang 2025.

Katanya, beliau percaya banyak agensi dan pihak berkuasa tempatan sudah bersedia untuk berhadapan ke arah merealisasikan Selangor sebagai Bandar Pintar.

"Jika sebut berkenaan Bandar pintar, Selangor berada di hadapan dan itulah asas urus tadbir kami sejak 2016 bagi menjadikan negeri ini sebagai Bandar Pintar pertama menjelang 2025.

"Justeru, saya percaya Selangor mampu menjadi Bandar Pintar cuma kita memerlukan usaha lebih lagi dan beberapa perancangan yang akan dirangkumkan menerusi pembentangan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Digital dan Selangor Bandar Pintar di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, beliau memuji pelaksanaan konvensyen yang sudah memasuki tahun ke empat penganjuran dan mendapat sambutan memberangsangkan sehingga kini.

"Konvensyen Bandar Pintar ini menunjukkan peningkatan dalam penyertaan pelbagai agensi dan syarikat malahan Majlis Perbandaran Subang Jaya turut mengambil bahagian mempamerkan kesediaan mereka menyahut visi Kerajaan Negeri ke arah Bandar Pintar.

"Saya percaya dengan keterlibatan mereka kita sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh sekali gus merealisasikan visi Selangor sebagai Bandar Pintar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.