AGENDA

Ringgit rendah berbanding dolar AS

1 Okt 2019, 2:30 AM
Ringgit rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa urus niaga dibuka hari ini berikutan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan, menjelang pengeluaran data sektor pembuatan AS.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1890 samasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, penggiat pasaran menjangkakan data pembuatan AS akan kembali mencatatkan pertumbuhan pada September selepas menguncup buat julung kalinya pada Ogos dalam tempoh tiga tahun.

'’Aktiviti pembuatan AS menguncup disebabkan perang perdagangan AS-China. Bagi September, penggiat pasaran menjangkakan perkembangan positif, dan ini mungkin akan mengurangkan kebimbangan terhadap kesan perang perdagangan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0272/0310 daripada 3.0256/0296 semalam tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.8698/8746 daripada 3.8757/8801.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1404/1457 daripada 5.1496/1562 dan naik berbanding euro kepada 4.5598/5658 daripada 4.5704/5752 sebelum ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.