ad
BERITA UTAMA

Jerebu: Johan Setia kekal pada paras 'sangat tidak sihat'

14 Sep 2019, 2:54 AM
Jerebu: Johan Setia kekal pada paras 'sangat tidak sihat'

SHAH ALAM, 14 SEPT: Kualiti udara di stesen Johan Setia, Klang masih berada pada tahap sangat tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 204 setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut data dipaparkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima lagi stesen di Selangor menunjukkan bacaan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (130), Petaling Jaya (166), Shah Alam (161), Klang (161) dan Banting (164).

Sementara itu, IPU di beberapa negeri lain juga dilihat tidak banyak berubah dengan keadaan jerebu yang semakin tebal.

IPU tidak sihat direkodkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya (167); Cheras (165); Batu Muda (174); Tasek (133) serta Pegoh (118) di Perak.

Bagi negeri lain, Rompin (118), Temerloh (150), Jerantut (135), Indera Mahkota (114) dan Balok Baru (104) di Pahang; Nilai (179), Seremban (154) dan Port Dickson (182) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (166), Bukit Rambai (161) dan Bandaraya Melaka (155) di Melaka; Segamat (150), Batu Pahat (123) dan Kluang (135) di Johor.

Di Sarawak, empat kawasan masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Sibu (137), Sarikei (141), Sri Aman (137) dan Samarahan (174).

Manakala, satu kawasan di Sabah merekodkan IPU tidak sihat sejak awal pagi tadi iaitu Tawau (118).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.