AGAMA

JAKESS anjur Seminar Perdana Kesedaran Undang-Undang Syariah

12 Sep 2019, 12:43 PM
JAKESS anjur Seminar Perdana Kesedaran Undang-Undang Syariah

SHAH ALAM, 12 SEPT: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) akan menganjurkan Seminar Perdana Kesedaran Undang-Undang Syariah, Pelancaran Dana Bantuan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga dan Sistem E-Locator, 17 September depan.

Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC MALL), program berkenaan akan dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Antara forum yang akan diadakan adalah 'Anakmu Anakku Jua', ceramah bertajuk 'Bila Panas Tak Sampai ke Petang', pameran jabatan dan agensi serta kaunter rundingcara.

Penyertaan adalah percuma dan terhad. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh menghubungi 016-6631443.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.