BERITA UTAMA

Semoga Allah merahmati pemerintahan Agong - MB

9 Sep 2019, 5:21 AM
Semoga Allah merahmati pemerintahan Agong - MB

SHAH ALAM, 9 SEPT : Semoga Allah SWT merahmati pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memayungi seluruh rakyat Malaysia, demikian ucapan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari sempena Istiadat Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Seri Paduka. Daulat Tuanku," tulis Amirudin menerusi twitternya, hari ini.

Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong kali ini, seramai 795 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Daripada jumlah itu, seramai 42 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini.

Istiadat penganugerahan itu adalah yang pertama selepas Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh gilang-gemilang di Istana Negara pada 30 Julai lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.