BERITA UTAMA

MB kunjungi Gabenor Jakarta

6 Sep 2019, 12:49 AM
MB kunjungi Gabenor Jakarta

SHAH ALAM, 6 SEPT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari melakukan kunjungan

hormat ke atas Gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta, Anies Rasyid

Baswedan, semalam.

Amirudin menerusi laman Twitternya memaklumkan, pertemuan itu berlangsung

kira-kira sejam setengah di pejabat Anies.

"Pertemuan bersama Bapak @aniesbaswedan, Gabenor DKI Jakarta di pejabat Anies. Kami berbincang hampir sejam setengah mengenai soal kerjasama antara Selangor dan Jakarta dari segi pertukaran maklumat dan teknologi membangunkan wilayah," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Amirudin turut mengadakan lawatan ke Shenzen, China bagi menumpukan usaha menarik pelaburan dari negara itu.

Pada masa sama, Kerajaan Selangor juga akan memperkukuhkan persediaan daripada

segi jalur lebar untuk menarik lebih banyak pelaburan, sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.