AGENDA

Ringgit ditutup rendah dalam dagangan berhati-hati

26 Ogos 2019, 11:09 AM
Ringgit ditutup rendah dalam dagangan berhati-hati

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan peserta pasaran kekal dalam sentimen berhati-hati ekoran ketegangan perang perdagangan antara AS dan China, yang menambah ketidaktentuan berterusan dalam unjuran ekonomi dunia.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2010/2050 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata Jumaat lepas Presiden, Donald Trump mengumumkan negara itu akan menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai US$250 bilion kepada 30 peratus daripada 25 peratus.

"Trump berkata tarif ke atas US$300 bilion lagi barangan China juga akan dinaikkan kepada 15 peratus daripada 10 peratus. Levi bernilai US$50 bilion dijadual bermula pada 1 Oktober manakala duti sebanyak AS$300 bilion lagi berkuat kuasa dalam dua peringkat, masing-masing pada 1 September dan 15 Disember.

"Sementara itu, China turut melancarkan tarif baharu pada Jumaat lepas ke atas barangan dari AS bernilai AS$75 bilion," kata peniaga itu.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia diniagakan lemah berbanding yen pada 3.9715/9764 daripada 3.9284/9327 dan berbanding euro pada 4.6698/6760 daripada 4.6333/6383 sebelum ini.

Unit tempatan lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0267/0300 daripada 3.0213/0237 dan berbanding dengan pound British pada 5.1412/1478 daripada 5.1147/1201.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.