BERITA UTAMA

Proton X70 edisi Merdeka dilancar

16 Ogos 2019, 1:02 PM
Proton X70 edisi Merdeka dilancar
Proton X70 edisi Merdeka dilancar

Proton X70 edisi Merdeka dilancar

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: PROTON telah melancarkan SUV keluaran terhad, Proton X70 Edisi Merdeka (ME) bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62.

Hanya 62 kenderaan sahaja akan dikeluarkan dan berharga RM126,100 seunit. Varian SUV premium ini didatangkan dalam dua warna iaitu Snow White serta Flame Red.

"Proton mensasarkan untuk menjual unit tersebut pada bulan Merdeka, syarikat itu mampu akan dapat berbuat demikian berdasarkan kepada permintaan semasa untuk Proton X70," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara mekanikal, spesifikasi Proton X70 ME adalah sama dengan varian premium biasa PROTON X70, perbezaan hanya pada pakej bahagian luar serta tambahan kepada trim dalaman kereta tersebut.

"Visor pintu juga telah ditambah, bersama-sama dengan ‘scuff plate’ dan lambang Edisi Merdeka yang dipasang pintu bonet belakang," kata Proton.

SUV itu juga dilengkapi dengan angka khusus melambangkan Edisi Merdeka, menjadikan setiap satu unit sebagai kenderaan yang unik, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.