ad
AGENSI

Kompleks Sukan UNISEL kini dibuka

13 Ogos 2019, 7:38 AM
Kompleks Sukan UNISEL kini dibuka
Kompleks Sukan UNISEL kini dibuka
Kompleks Sukan UNISEL kini dibuka

SHAH ALAM, 13 OGOS: Kompleks Sukan Universiti Selangor (UNISEL) yang dinaiktaraf sebelum ini, dibuka sepenuhnya kepada kakitangan dan pelajar.

Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, setiap fasiliti sukan dinaiktaraf itu dapat meningkatkan lagi imej kemudahan sukan.

[caption id="attachment_344146" align="aligncenter" width="712"] Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman menurunkan tandatangan ketika merasmikan Kompleks Sukan UNISEL. - Foto UNISEL[/caption]

"Saya berharap kesemua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya fasiliti sukan ini dan setiap fasiliti sentiasa dijaga dalam keadaan yang baik.

"Selain itu, ia akan mengilap bakat terpendam pelajar atau kakitangan," katanya pada Majlis Perasmian Pembukaan Kompleks Sukan itu, di Bestari Jaya, baru-baru ini.

[caption id="attachment_344149" align="aligncenter" width="728"] Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman mencuba salah satu peralatan gimnasium yang tersedia di Kompleks Sukan UNISEL. - Foto UNISEL[/caption]

Antara kemudahan yang tersedia adalah gimnasium, gelanggang badminton, futsal, bola keranjang, sepak takraw, padang rugbi, bola sepak dan bola jaring serta trek larian.

Kompleks berkenaan dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.