BERITA UTAMA

Permaisuri Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa

12 Ogos 2019, 11:53 PM
Permaisuri Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam pergaduhan pada Sabtu lau di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi dekat sini, susulan satu kemalangan.

"Al-Fatihah...takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)… sedih sangat!," titah Raja Permaisuri Agong menerusi laman Twitter rasmi baginda.

Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain ekoran pergaduhan antara mereka yang didahului dengan satu kemalangan kecil melibatkan kenderaan mereka.

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.