ad
AGENDA

Aliran trafik lancar di kebanyakan lebuh raya pagi ini

11 Ogos 2019, 3:29 AM
Aliran trafik lancar di kebanyakan lebuh raya pagi ini

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, aliran trafik menuju ke utara dan selatan lancar ekoran ramai sudah sampai di kampung sempena Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah semalam.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah pagi Isnin,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilaporkan lancar setakat ini.

"Trafik di kebanyakan tol seluruh negara masih lancar namun trafik sebelum masuk Plaza Tol Gombak didapati mula perlahan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.