EKONOMI

Kadar jangka pendek ditutup stabil

29 Jul 2019, 9:14 AM
Kadar jangka pendek ditutup stabil

KUALA LUMPUR, 29 JUL: Kadar jangka pendek kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM21.01 bilion daripada RM25.54 bilion pada sebelah pagi, manakala dalam sistem Islam, ia turun kepada RM12 bilion daripada RM14.67 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional dan empat tender Qard.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM21 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM11.6 bilion, dua-duanya bagi wang dua hari.

Kadar faedah semalaman Islam purata berada pada 2.96 peratus manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.