ad
AGENDA

TM tawar harga istimewa untuk pelanggan Streamyx

27 Jul 2019, 9:01 AM
TM tawar harga istimewa untuk pelanggan Streamyx

IPOH, 27 JUL: Pelanggan sedia ada Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan bagi menikmati internet pada kelajuan 8Mbps berbanding RM160 sebelum ini, bermula September ini, kata Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man.

Beliau berkata bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 sebulan.

"Kami di TM amat prihatin dengan keluhan pelanggan. Jadi, dengan langkah ini, kami harap pelanggan Streamyx yang telah pergi, datanglah balik kepada kami," katanya dalam sidang media selepas perasmian Kembara Digital Malaysia (KDM) 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini, hari ini.

KDM 2019 dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Menurut Rosli, TM telah berjaya menaik taraf 973,000 pelanggan Unifi kepada kelajuan yang lebih tinggi.

Beliau berkata, TM akan menangani kekangan jalur lebar rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi yang bersesuaian termasuk fiber, wayarles dan GigaWire yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2021.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.