EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil

24 Jul 2019, 9:33 AM
Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 24 JUL: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM20.71 bilion daripada RM25.23 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia turun kepada RM8.32 bilion daripada RM9.02 bilion.

Terdahulu, hari ini bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Pada 4 petang, ia menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM20.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM7.80 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.