EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil

22 Jul 2019, 9:05 AM
Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Berikutan itu, lebihan dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM19.20 bilion daripada RM20.98 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam ia susut kepada RM7.6 bilion daripada RM10.26 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM19.20 billion dan tender pasaran wang Murabahah RM7.60 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.