ad
AGENDA

FINA Gwangju: Skuad renang negara gagal menyerlah hari kedua

22 Jul 2019, 4:36 AM
FINA Gwangju: Skuad renang negara gagal menyerlah hari kedua

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Selepas dua hari Kejohanan Renang Dunia FINA berlangsung di Gwangju, Korea Selatan, masih tidak kelihatan kelibat perenang negara mara ke peringkat seterusnya di kejohanan berprestij itu.

Perenang negara seperti Tern Jian Han, Welson Sim dan Phee Jinq En gagal menyerlah pada aksi saringan masing-masing di Nambu International Aquatics Centre, pagi ini.

Jaguh renang negara, Welson mencatatkan 1 minit 48.61 saat untuk berada di kedudukan kelapan dalam saringan kelima yang mana beliau menempatkan diri di tangga ke-29 daripada 65 perenang keseluruhan pada acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki.

Seorang lagi wakil negara, Jian Han yang bertanding dalam acara 100m kuak lentang lelaki berada di kedudukan kelapan dalam saingan ketiga dengan catatan masa 57.34s untuk berada di ranking ke-48 keseluruhan.

Dalam acara 100m kuak dada wanita, Jinq En pula berakhir di kedudukan ke-27 keseluruhan walaupun pada saingan ketiga muncul sebagai perenang kedua terlaju dengan merekodkan masa 1:09.05s.

Hanya 18 perenang terbaik daripada keseluruhan dipilih ke pusingan separuh akhir setiap acara berkenaan.

- BERNAMA / Foto: fina.org

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.