BERITA UTAMA

Saifuddin lakukan lawatan tiga hari ke Jakarta

19 Jul 2019, 4:42 AM
Saifuddin lakukan lawatan tiga hari ke Jakarta

PUTRAJAYA, 19 JUL: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan lawatan tiga hari ke Jakarta, Indonesia mulai hari ini, menurut Wisma Putra.

Saifuddin yang diiringi pegawai Kementerian Luar dijadual bertemu rakan sejawatannya, Retno LP Marsudi bagi membincangkan kerjasama dan hubungan dua hala selain bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa untuk kepentingan bersama.

Menurut Wisma Putra, Saifuddin juga dijadual menyampaikan ceramah mengenai ‘Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu’ di Universitas Paramadina.

“Lawatan itu dijangka dapat memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara,” katanya. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.