SELANGOR

Pelajar UNISEL disaran jaga persekitaran universiti

17 Jul 2019, 3:34 AM
Pelajar UNISEL disaran jaga persekitaran universiti
Pelajar UNISEL disaran jaga persekitaran universiti

SHAH ALAM, 17 JULAI: Semua pelajar Universiti Selangor (UNISEL) disaran untuk sentiasa mengambil tanggungjawab menjaga persekitaran universiti demi keselesaan bersama.

Justeru, Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, aktiviti gotong-royong harus dilaksanakan sekerap mungkin bagi mengekalkan kebersihan dan kehijauan kampus.

"Saya amat menggalakkan warga universiti bukan sahaja pelajar, malahan kesemua pihak untuk memainkan peranan bagi memastikan kebersihan persekitaran kampus.

"Selain itu, apabila kita menjaga kebersihan dan kemudahan fasiliti sekitar kampus, ia dapat dinikmati bersama secara berpanjangan," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, UNISEL menganjurkan aktiviti gotong-royong sekitar kolej kediamannya yang turut disertai pelajar, pensyarah dan Dr Mohammad Redzuan.

Antara aktiviti dianjurkan adalah penanaman pokok dan pembersihan kawasan sekitar kolej kediaman.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.