EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

11 Jul 2019, 9:37 AM
Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 11 JUL: Kadar jangka pendek antara bank kekal kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM20.90 bilion daripada RM21.81 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM12.80 bilion daripada RM17.84 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional, tender Qard dan tender repo berbalik.

Pada 4 petang, BNM menjalankan tender pasaran wang konvensional RM20.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM12.6 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar faedah purata semalaman berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing di tambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.