EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

17 Jun 2019, 2:56 AM
Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM21.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.37 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta bagi selama tujuh hari dan tiga tender Qard iaitu RM1.3 bilion untuk tujuh hari, RM1.8 bilion untuk 14 hari dan RM700 juta untuk 21 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional sehingga RM21.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM15.6 bilion. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.