ad
NASIONAL

Polis minta orang ramai beri maklumat video dera bayi

11 Jun 2019, 11:17 PM
Polis minta orang ramai beri maklumat video dera bayi

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang kanak-kanak dipukul dan didera oleh seorang wanita agar tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video yang tular di media sosial itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Setakat ini, tiada laporan polis diterima mengenai kejadian itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, tular sebuah rakaman video yang berdurasi 1 minit 36 saat di aplikasi WhatApps yang menunjukkan seorang wanita memukul dan melambung seorang kanak-kanak yang sedang menangis.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.